Wednesday, 11 April 2018

POLITIK BERTALI

Musim "buruh" sudah tiba,
Datang manusia berbagai muka,
Atur cara ajak berdrama,
Senyum senang,dapat duit, masuk kamera.

Turun padang,bukan sekali,
Datang menyembah pengundi,
Kononnya untuk '"janji ditepati",
Alih-alih duit rakyat"dirasmi".

Puak kesini,puak kemari,
Manifesto dibentang beralas iri,
Duit cucuk,tebus undi,
Hai,sudah biasa ini terjadi.

Bukan cakap nak halang,
Cuma landas ini patutnya "tiada tembelang",
Bukan cakap nak menang,
Cuma landas ini patutnya "tiada duit hilang".

Politik bukan tali berputus,
Rakyat bukan mahu berpulus-pulus,
Cuma kami mahu pemimpin yang tulus,



Politik ini ibarat sebuah tali
TALI YANG MENYAMBUNG. 

Pada sebelah petang itu, aku menghampiri senja yang kian menghilangkan bayangnya. Benak fikiran dan dadaku sesak atasi rasa kesejukan di tub...