Tuesday, 19 September 2023

Killing in the name of (membunuh atas nama)

 Hoi, lapukan pemerintah!

Dengar sini, teriakan kami,
Yang penuh amarah dan solusi,
Terhadap kerajaan kayangan kamu.

Ah! kalian juga mangsa,
Mangsa? Mangsa lambakan kuasa,
Gugur 'darjat' nama,
Lesap 'darjat' sekufu,
Memilih berpaling pada putih,
Yang sifat binari tengah

Ya, kini,
Hanya tulisan berpanah,
Senario; masing- masing,
Bagaikan mulut terkunci, mata didiami
Kerana membunuh atas nama,
Tumbuh di liku-liku orang 'sendiri'.



Pada sebelah petang itu, aku menghampiri senja yang kian menghilangkan bayangnya. Benak fikiran dan dadaku sesak atasi rasa kesejukan di tub...