Tuesday, 27 June 2017

"Bahana Manusia"

Manusia,
Yang berwajah suka berganti duka,
Sering senang atau iri pada nasib durjana atau bahagia,
Antara beriman atau tidak,
Itu juga sifatnya berpura-pura.

Manusia,
Menyembunyi kesumat busuk bersama senyuman mati,
Sering juga memperkotak-katikkan agama,
Demi kenafsuan semata,
Demi perut nasi tanpa hirau halal dunia.

Manusia,
Antara sedar atau tidak,
Mereka itu dilahirkan dari tanah yang sama,
Masih juga dengki sesama hati,
Kononnya Tuhan itu tidak adil dan saksama.
Sedangkan janjiNYA, rezeki itu ada dimana-mana.

Manusia,
Yang baik dipijakkan kepala,
Yang jahat diagung-agungkan menjadi takhta,
Riak dengan rezeki pinjaman Pencipta,
Tetapi agama didada mereka, terus terlantar bagaikan hati yang perlu dirawat.

Manusia,
Tidak kisah berlainan parti politik atau bukan,
Asalkan agama jangan dibuta tulikan,
Tidak kisah berlainan matlamat untuk dijuangkan,
Asalkan isi tulen agama tidak ditinggalkan.



Wednesday, 7 June 2017

Ada apa dengan cinta ?

Cinta itu sifatnya angkuh,
Benar ingin merasa segalanya,
Tanpa kekacauan,tanpa keributan.

Cinta itu sifatnya kejam,
Dibunuh semua hati yang gersang,
Agar kepuasan,agar keseronokkan dapat dirasakan.

Bisa jadi,cinta itu membahagiakan,
Kerananya,kita semangat dan kuat,
Kerananya,kita masih disini,kadang jatuh
Tetapi cukup mengajarkan.

Kadang-kadang,cinta itu sifatnya berbagai,
Jatuh dan sakit,sudah menjadi perisanya,
Kerananya,kita makin sempit dan perit,
Kerananya juga,kita makin alpa dan leka.

Tetapi,cinta itu dirasakan kosong,
Tanpa sekelumit kasih dari Sang Pencipta,
Tanpa tiupan syahdu dari Atas Sana.
 
Lalu,
Saluti cinta itu berlandaskan illahi,
Berbekal kelembutan dan kesantunan kepadaNYA,
Cukup menjadikan cinta dalam hidup kita ini tidak sia-sia


   

Saturday, 3 June 2017

"Budak Pondok"

Berjubah putih,membawa "Al furqan" di hati,
Menghafal kitab tidak henti-henti,
Tidak peduli pada sang mulut yang mengeji,
Demi ummah yang dicintai nabi.

Lirikan mata,pandangan bersinis,
Seolah-olah jalan dipilih itu tidak membawa rezeki,
Hanya sekadar menjadi cerminan masyarakat,
Diberi selepas habis sisa berkarat.

Hakikatnya,
Mereka itu lupa, mereka itu sombong, mereka itu mendabik dada,
Sedangkan,
Anak-anak ini berbakti kepada duniawi mahupun ukhrawi,
Tidak peduli tomah dan keji asalkan ummah ini dapat bersama Nabi di jannati.

Anak-anak ini cahaya hidayah yang perlu dihargai,
Sucikan pandangan kotoran itu dengan hati yang murni,
Hormati mereka dengan kata dan tingkah yang bernada seri,
Kerana mereka ini,warisan an'biyya yang tiada galang ganti .

@Jangan menghina dengan Mata,
Mata itu akan buta,
Jangan menghina dengan hati,
Kerana cahaya didalamnya akan mati.




Thursday, 1 June 2017

Hakikat Cinta

Hakikat Cinta,
Bila kita mengenali dan memahami,
Ternyata hakikatnya indah berwarna.
Ada putih,ada hitam,ada pelangi,ada suram.

Hakikat Cinta,
Ada neraka,ada syurga,
Bila kita tersalah genggam,punah segala,
Bila kita menggapai RedhaNYA,penuh barakah tidak terkata.

Melayari hakikat cinta tidak mudah sekata,
Perit menanggung seksa,jenuh menanggung rasa,
Namun,jika perjalanan ini bersamaNYA,
inshaallah syurga menanti dihujung sana,
Namun,jika perjalanan ini terpesong dari landasanNYA,
pulanglah diri empunya badan kepada dakapan tuhan,
DI ATAS SANA.

@berhenti mencari hakikat yang tidak pasti,kerana hakikat yang "sejati" hanya
ada pada TUHAN YANG SENTIASA MENANTI,

Tetamu Senja

kita ini tetamu senja,
kita datang ini hanya sebagai tetamu senja,
Bila cukup detik kembalilah kita kepadaNYA,
kita datang ini kosong tangan,kosong dada,
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala,

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang,
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan,
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang,
Usahlah derhaka pula pada tuhan kepada insan,

Bila kita lihat manusia lupa tempat atau segera sesat,
Puja darjat,puja pangkat,
Segera kita insaf,kita ini punya kiblat,
Segera kita insaf,kita ini punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat,
hingga mesti merempat ke biru laut, ke kuning darat.
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas,
Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas,
Kita datang ini satu roh,satu jasad,
Bila pulang sekali,bawalah bukti padat berkat.



@A.SAMAD.SAID

Pada sebelah petang itu, aku menghampiri senja yang kian menghilangkan bayangnya. Benak fikiran dan dadaku sesak atasi rasa kesejukan di tub...