Monday, 4 December 2023

Pada sebelah petang itu, aku menghampiri senja yang kian menghilangkan bayangnya. Benak fikiran dan dadaku sesak atasi rasa kesejukan di tubuhku ketika ini. Aku ingin menjemput dan mencari diriku yang dulu. 

Tapi aku tahu itu sejenak mustahil. Aku sudah berada setapak di hadapan, dulu itu tidak akan kembali. 
Yang pasti, keadaan ini sama sekali tidak menyedihkan. Mungkin dewasa sudah mula menapak di tubuhku. Ruang dan jiwaku kian rapuh, radar sedar atas realiti yang terjadi. 

Apa mungkin, datang dan perginya  orang dalam kehidupanku, menambahkan lagi fahaman nyata tentang hati. Hati yang mula memahami keadaan terpuruk, mula memahami...sekitar kita adalah kemungkinan terbesar menjadi salah satu patah hati yang perlu direkodkan  dalam sejarah hidup. 

Untuk hati, dewasa ini baik-baik sahaja. Jalani sahajalah, tiada apa yang perlu ditakutkan. 


-Pena.A- 

Pada sebelah petang itu, aku menghampiri senja yang kian menghilangkan bayangnya. Benak fikiran dan dadaku sesak atasi rasa kesejukan di tub...