Tapi aku tahu itu sejenak mustahil. Aku sudah berada setapak di hadapan, dulu itu tidak akan kembali.
Yang pasti, keadaan ini sama sekali tidak menyedihkan. Mungkin dewasa sudah mula menapak di tubuhku. Ruang dan jiwaku kian rapuh, radar sedar atas realiti yang terjadi.
Apa mungkin, datang dan perginya orang dalam kehidupanku, menambahkan lagi fahaman nyata tentang hati. Hati yang mula memahami keadaan terpuruk, mula memahami...sekitar kita adalah kemungkinan terbesar menjadi salah satu patah hati yang perlu direkodkan dalam sejarah hidup.
Untuk hati, dewasa ini baik-baik sahaja. Jalani sahajalah, tiada apa yang perlu ditakutkan.
-Pena.A-
No comments:
Post a Comment