Dunia dakwah terpalit lekat,
Sibuk jaja,tayang benda,
Kononnya indah beragama,
Lalu,kebodohan puak berserat-serat.
Ustaz,ustazah berlekas-lekas,
Mencari pesalah,dijatuhkan hukum,
Kononnya ajaran beragama,
Lalu,imej diri dihias-hias.
Masyarakat kabur,tercari-cari,
Rupa yang dicari tersilap pergi,
Palsu hadis,kitab digempuri,
Melawan siapa yang paling dekat dengan nabi.
Caki maki zikir rohani,
Katanya zikir tiada tempat di mazhab syafi'e,
Bidas sia usul sial,
Dituduh wahabi malu sendiri.
Satu golongan hidup berjuang,
Jangan lawan,jangan tentang,
Itu sunnah nabi terang-terang,
Kerana itulah KITA kembali tenang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pada sebelah petang itu, aku menghampiri senja yang kian menghilangkan bayangnya. Benak fikiran dan dadaku sesak atasi rasa kesejukan di tub...
-
Dwi-Cinta <3 تتكالا چينتا داتڠ مڽيڠڬه، لنتس ايت بوكن اونتوق دسمبه، تتاڤي تندا هاتي ڤرلو ڬاڬه، برسام چينتا تيدق ملبيهي الله Kamu Dan Ke...
-
Ada apa sebenarnya dengan rasa ini, Kadang dia datang dengan tiba-tiba, Membawa emosi dan kecewa yang melanda, Tanpa jelas, keliru seakan me...
-
Yang aku takutkan adalah bukan pergi dan sempat mengucapkan selamat tinggal namun yang pergi secara tiba-tiba tanpa sempat mengucapkan sela...
No comments:
Post a Comment